Sunday, 24 November 2013

Cuti sekolah pun kena belajar ! -.-"

Assalamualaikum guys. Yeah, hari nie bermulalah episod ke'busy'an spanjang musim cuti skolah nie untuk aku ! Orang lain semua syok pergi melancong tapi aku... arghh, malas nak cakap !

Actually, aku baru jer balik dari Perak ! Kalau pergi Perak memang tak sahlah kalau tak pergi Lost World of Tambun, kan? OK, memang best pergi sana cuma.... Family aku pergi awal cuti persekolahan. So, sekarang nie keboringan lha jawabnya ! --"

Ahhh, apa-apapun, mulai hari nie, aku kena pergi tuisyen Bahasa Arab n Kelas Mengaji. Actually, Tuisyen Bahasa Arab tu aku yang minta abah aq daftarkan. Bahasa Arab aku agak lemah. Masa exam hari tu pun aku dapat markah cukup2makan jer. sedih,kan? Apa-apapun, best lha jugak masuk tuisyen tu. banyak kawan baru. Haha ! Sebenarnya, aku tak kenal sesiapa pun, dalam kelas buat hal sendiri jer. nama cikgu pun aku tak tahu. ada lha sorang dua budak sekolah aku yang aku kenal. Tapi malu nak tegur. terukkan?

Klas mengaji tu pulak, umi aku yang hantar. Mak sedare aku yang syorkan. So, mak aku pun hantar. Actually, bukan kelas. Cuma rumah orang. Kebetulan pula, anak sikgu yg ajar mengaji tu aku kenal. Kakak tu Form 6 2013. Sekolah sama dengan aku. Maahad Muhammadi Perempuan. ama kakak tu aku tak tahu. Tapi aku panggil dia Kak Zack. Wahh, nama cam gengster kan? Tapi memang dia garang pun. Kat sekolah lha. Kat rumah, tak pun sebenarnya. Aku tahu rumah kak Zack dekat ngan rumah aku, tapi tak tahu lha pulah yang tu rumah dia. Kelakar, kan? Ok, tak kelakar pun. Tapi, kalau dah jodoh tak kemana. haha. Kelas nie pun best jugak.

Alhamdulillah, walaupun agak bsy, at least aku dapat isi masa lapang aku. Aku dapat perbaiki bahasa Arab aku. Aku dapat perbaiki bacaan Al-Quran aku. Alhamdulillah.

Itu jelah cerita cuti sekolah aku. Kalau korang ada buat entry pasal cuti sekolah korang, share lha dengan aku. OK lha, itu jer untuk hari nie. Semoga cuti panjang kita dimanfaatkan dengan perkara yang berguna. Assalamualaikum.xoxo xD

1 comment:

  1. Kak Zack?Tk silap aq nmenya Zakiah..Ko pergi tuisyen yg ust. tu bgi ke??yg dlm sampul surat?!

    ReplyDelete