Saturday, 31 August 2013

Pesta Buku Kelantan 2013 ^^

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah.. Masih lagi diberi kesihatan dan kekuatan pada pagi Sabtu nie untuk update blog. Korang macam mana ? Sihat ? Alhamdulillah.. Perghhh, lama betul tak update !! Wa rindu sama lu olang !! huhu. emo lha pula pagi-pagi.

    Herm, nak cerita pasal apa eh? Opps, tajuk dah depan mata, tu lha cerita kita. Haa, Hari tu, tak silap aku 2 hari lepas , aku and the gang berpakat nak pergi Pesta Buku dekat Dewan Jubli Perak MPKB. Nak tahu pergi dengan apa ? Jalan kaki, beb ! Alahh, lagipun sekolah kitorang bukannya jauh sangat. 15 minit jer kalau jalan kaki. 

Hoho, nak kenal kawan-kawan aku? Sori lha gang, no gambar. Kitorang mana bawak kamera. Haram beb disisi undang-undang sekolah. langgar peraturan ? Sori, aku bukan macam tu ! ngee~ 

Masa tu, aku pergi dengan 4 orang kawan aku iaitu Fathiah, Farzana, Imah, Izzah, and aku,Fatini. hoho. So, berjalan lha kami 5 sekawan. Sampai kat sana, apa lagi, tempat first aku serbu konpem lha "novel". Syok beb, baca novel. Boleh hilangkan stress wa cakap lu !! Eh, apa kena dengan aku nie ? Bercakap macam gangster ! Tak nampak macam seorang muslimah pon kan ? Ampunkan patik tuanku, janji tak buat lagi. Ok, stop merepek. 

Hoho, bila dah sampai kat rak novel, aku terus cari novel yang sesuai dengan jiwa aku, iaitu yang jenis komedi romantik. Aaaaaa, serius aku suka novel macam tu !! lalala~

Akhirnya aku borong lha 2 buah novel , so jadi tiga lha novel baru aku. eh? kenapa tiga? kata borong dua? hehe, sebenarnya, sehari sebelum aku pergi dengan dorang nie, aku dah pergi dengan kawan yang lain. haha ! tapi sempat borong 1 jer. mana cukup beb. hermm !!

Antara novel yang aku baru beli adalah, Amir Minah Macho, Hero Aku Tomboy, dan Superbike itu Cinta. Serius, best giler kot baca buku-buku nie. Farzana ngan Fathiah tak de beli apa-apa pon. Just beli makanan jer. Hadoyaii ! Sebenarnya, diorang bukan nak beli buku sangat. Just nak pergi jenjalan jer !.. Entah apa-apa entah ! Hamboi, sedapnya mengutuk kawan sendiri ! Kang kena luku baru padan dengan muka ! Seingat aku , Imah pon beli novel tapi tak tahu berapa buah, manakala Izzah pulak beli komik. Ehh, yang sorang tu mesti dah berjangkit dengan kawan aku si Hannani tu, suka sangat baca komik. Ish Ish Ish !!

Lepas bayar kat kaunter, kitorang pon gi beli makanan, Aduh, lapar kot perut aku nie. Kitorang pon beli lha macam-macam makanan. hehe ! nk makan atas bas hajatnya. 

Ok guys, time to balik !!! Tengok jam, alamak dah pukul 3.45 rupanya. Memang masa yang sesuai untuk bergerak ke stesen bas. Alamak, macam mana nie? Banyaknya kereta lalu lalang, macam mana nak lintas? uhh, kitorang just buat selamba jer. jalan punya jalan, bila sampai kat stesen bas, tiba-tiba ,OMG, bas no 23 *bas yang kitorang naik ler tu* dah jalan !!! Macam mana nie? 

Fathiah pon cepat -cepat get ready nak tahan bas. Sekali lagi, OMG, rupanya-rupanya bas lalu belah sana, kitorang tahan belah sini ! Adoiii, bala-bala ! macam mana nak balik ! So, Fathiah yang dah biasa naik bas city liner pon pergi lha kat kaunter pertanyaan. Pak Cik Kaunter tu cakap, bas seterusnya pukul 5. Sekarang dah pukul 4, apa lagi , tercongok lha kitorang kat situ. 

Masa kitorang kat situ, aku ternampak seorang akak comel nie, dia tak tutup aurat dengan perfect. dia pakai tudung singkat, manakala belakangnya terdedah. Astaghfirullahalzim. Aku just doa dalam hati jer, supaya akak tu berubah. Herm, kalau doa dalam hati means itulah selemah-lemah iman . Ye lha, nak halang dengan tangan, aku tak de kuasa, nak halang dengan lidah aku takut. Ya Allah, aku hamba MU yang lemah ;'(

Tak lama lepas tu, aku ajak Izzah pergi telefon. Time tu hujan lebat. Alamak, dekat pondok telefon tu dah banjir lha. Telefon pulak rosak. Apa lagi, jom duduk balik, Izzah.  Masa aku jalan nak pergi duduk tempat tadi. Tiba-tiba aku nampak Izzah membongkok dan berbisik kepada akak yang tak tutup aurat perfect tu. OMG, beraninya Izzah. Aku cepat duduk. Bila Izzah duduk sebelah aku, aku terus beri dia soalan maut. Rupa-rupanya, dia nasihatkan akak tu suaya tutup aurat dengan baik. Wahhh, hebatnya Izzah.. Wa tabik spring sama lu ! ;)

Hrm, ok guys, bas dah tiba, time to pulang. Pengalaman naik bas cik city nie memang mencabar. Dah lha aku berdiri. Hadoi pak cik drebar , taukah dirimu, banyak kali aku nak jatuh dan melatah gara-gara pakcik langgar lubang kat jalan. Omakkau, malunya aku ! OK, akhirnya samai jugak ke destinasi yang di tuju. erghhh, seksa betul. haha !

OK, belum berakhir lagi. Rumah aku dan Farzana agak jauh daripada tempat yang kitorang berhenti tu. Herm, terpaksalah keluarkan duit syiling untuk bagi monster tu makan. apa lagi, public phone lha. 1 minit, 2 minit, 3 minit. Ooops, sekali lagi, public phone ROSAK !!! 

Farzana, jom, JALAN KAKI ! berjalan lha kami 2 sahabat menuju ke destinasi yang sepatutnya dituju. Dah lha masa tu dah pukul 6. Asar tak solat lgi. Hadoii.. lepas separuh jalan kitorang jalan , Aku ajak Farzana berhenti kat kedai runcit. OOps, lupa nak bagi tau, Farzana nie jiran aku, merangkap sahabat aku, merangka, kawan satu sekolah aku. OK, sambung balik. Dekat kedai tu, kitorang jumpa dengan mak sepupu Farzana. Aku pun bisik kat budak nie, "wei jana, mak sepupu mung tu tok sey wi tupey ko? haha "

Kalau tak paham , sila abaikan,, Alhamdulillah, mulut aku masin jugak akhirnya. Mak spupu Farzana ajak kitorang tumang dia balik rumah. Rasa happy giler, yes, tak ayah jalan kaki !., Balik rumah lepas solat Asar, mandi-mandi, solat maghrib, terus tidur. pastu bangun balik , solat Isyak, main fb !!! bagus kan aku.. ahah !

Tu je kot untuk hari ini ! pergh, panjang betul story aku.. erm, siapa yang duk kat area Kota Bharu atau mana-mana kat Kelantan nie yang belum pergi pesta buku, boleh lha ajak mak ayah pergi sekarang. Esok last tau. 1 September 2013. Herm, rugi tak pergi. Ok lha. Jazakallahu khairan kasiran aku ucapkan kerana sedi baca celoteh aku nie. Assalamualaikum.xoxo

Happy National Day ;)


Saturday, 17 August 2013

Blog Under Construction !!

Bismillahirrahmanirrahim. !!

Assalamualaikum !!

Short Entry ;)
Hye, hye..
Apa khabar?
Herm, kalau nampak blog nie macam tak betul, senget-benget atau apaII yg pelik, abaikan ok? 
heheh.. btw, jangan lupa follow tau. hehe !

Baru balik daripada Seminar Super Student. Syok wooo ! Lain kali aku update pasal nie, k.  *winkwink* ;)

Saturday, 3 August 2013

Jom buat duit dengan 8share !

Assalamualaikum..

Apa itu 8share? Sebelum tu, klik sini dulu. Kalau korang nak tahu, dulu benda alah nie dikenali sebagai Says. Ohh, dah tahu eh? Kalau yang dah tahu tu, boleh lha tekan pangkah kat atas tu.. hehe. Yang tak tahu lagi , jom sambung baca.
Herm, 8share nie same je dengan churp-churp,blin gd, nuffnang and sbagainya tu. Kita siarkan iklan, seorang klik, dah dapat 20 sen.

20 sen jer? ehh, ok lha tu 20 sen. budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak.. hehe ! Cuba bayangkan, 1 orang klik dah dapat 20 sen, kalau 100? 1000? 1000000? wahh, bukan main lagi yer..sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Herm, rasa nak join? Klik >Sini<

Nak tahu apa lagi keistimewaannya? Yang bestnya, awak-awak yang takde blog pon boleh join. Tapi dengan syarat, awak-awak semua kena ada facebook atau twitter.
Ada tak? Klau ada jom lha join.. Boleh buat duit raya..


Friday, 2 August 2013

Segment Saya Nak Duit Raya

Bismillahirahmanirrahim..


Assalamualaikum.. Salam Ramadhan Almubarak 1434H untuk semua. 
Wahh ! Tak sangka hari nie hari jumaat last dalam bulan Ramadhan. Minggu depan dah nak raya. 
Rasa sebak pula bila Ramadhan akan pergi tinggalkan kita semua. :'(

Okey-okey, stop sedih-sedih.
Untuk mengubat kesedihan nie, aku nak join satu segmen best.
"Segment Saya Nak Duit Raya"

Senarai Hadiah :

Duit Raya / Topup RM10 x 3
Kain batik dari Indonesia x 1
Tudung bawal dari Indonesia x 1
Pashmina x 2
Topup RM5 x 6
Topup RM5 (rangkaian Maxis/Celcom) x 1

Hoho, amacam, best tak hadiah-hadiah tu? 
Nak jugak? Boleh-boleh tapi ada syarat-syaratnya.
Nak tahu syaratnya? Kenalah pergi ke blog FD.
Tak tahu macam mana nak pergi?
Apa susah, klik lha banner tu. 
Confirm, dengan sekali klik, korang akan terus ke blog FD.

Oklah, aku chao chin chao dulu. bye. 
Assalamualaikum.xoxo

Tarikh tamat : 5 Ogos 13, jam 11:59 malam