Monday, 20 March 2017

Buntu

Assalamualaikum .

   Pejam celik pejam celik, subhanallah, dah bulan 3 dah pun . 2 bulan lebih tak update blog nie and macam-macam benda dah jadi . Alhamdulillah, result SPM pun dah dapat, GOT7 pun dah buat comeback (eh?) and school holiday pun dah start . And i'm here mereput tak tahu nak buat apa.

Result SPM ? Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . Tak tahu nak cakap apa. Berapa tu tak perlu lha kut nak kasi tau tapi alhamdulillah syukur sangat-sangat . kalau nak ikutkan, tak pernah expect pun dapat banyak tu sbb setiap kali exam mesti result kelaut HAHA aku bukan kaki study pun . Kaki main baru betul .

Tak tahu nak cakap apa sebenarnya . sebab lama sangat tak update so rasa macam kena jugak buat satu entry . tak kisah lha ada yang baca ke tak janji aku puas hati .

Sejak result dah keluar nie, ramai yang buat karnival untuk lepasan spm . Karnival pendidikan tinggi negara, karnival Mara, karnival kat Uitm Machang, karnival kat PPD Bachok (semua ni kat kelantan) and banyak lha kut entah lah . setakat ni aku baru pergi yang dua first tu .

Alhamdulillah, banyak gak lha dapat info pasal uni apa semua tu . Tapi yang jadi masalahnya, aku tak tahu nk jadi apa . Sadlife betul . Aku tak tahu nak ambik course apa, nk apply uni mana . So bila nk isi upu je mesti stuck dekat tempat course n uni . Stress gila rasa . Cuma yang aku konfem sangat-sangat aku TAKNAK ambik medic . Aku tak dilahirkan untuk minat bio i guess.

Hari tu, sekolah aku buat seminar hala tuju apa entah . motivator tu kata , make sure ada cita-cita, pilih kerjaya yang kita betul-betul nak jadi, baru pilih course . Masalahnya, aku tak tahu nk jadi apa. Rasa kelam sangat sekarang nie .

Bila check syarat kelayakan, Alhamdulillah aku layak kalau nak ambk asasi kejuruteraan and aku pun minat math fizik chemy . Tapi aku still kelam lagi pasal bidang nie . kena buat research lebih nampak gaya ni . Sains mathematic pun rasa macam best sebab aku memang minat math tapi - (Allahu, macam mana nak berjaya macam ni banyak sangat tapi.)

Sekarang ni aku sambung buat STAM kat sekolah tapi in the same time cuba nasib isi upu . kalau lah dapat tawaran masuk u, insyaallah aku pergi . Sape taknak masuk u kan? Tapi kalaulah takde , aku ok je ambik stam . mana-mana pun ada kelebihan kan? Allah yuftah 'alaina Insyaalah :)

Sumpah kalau ikut hati rasa macam nak pekik kuat-kuat . Aku nak kena buat apa sekarang nie sebenarnya? Ya allah, tambah lagi aku anak sulung, faham-faham je lha . nak cari orang untuk jadi rujukan pasal masa depan apa semua . tapi alhamdulillah allah  hadirkan aku family , sahabat sepupusepapat yang selalu bagi support , tolong aku bila aku mental break macam sekarang nie hahaha and yang paling penting Allah ada dengan aku . Yes, that's the most important to me .

Kadang-kadang terpikir jugak, aku seorang je ke manusia yang takde hala tuju cita-cita apa semua tu? hahahaha Istikharah guys istikharah insyaallah apa yang allah tetapkan untuk kita, tu yang terbaik , kan? Doakan aku dapat buat decision terbaik untuk masa depan aku ok.

ok guys, annyeong . i'll update again soon .